Take a fresh look at your lifestyle.

Xioami Mi Max 3 Melepasi SIRIM & Akan Hadir Ke Pasaran Tempatan

0 22

Hari ini kami menerima tips dari pengguna Mi di Malaysia dimana munculnya peranti kemungkinan besar dikenali sebagai Xiaomi Mi Max 3 di laman SIRIM. Telefon pintar Mi Max 3 ini dilancarkan pada bulan Julai 2018 yang lalu. Telefon ini dilengkapi dengan paparan skrin penuh 6.90 inci dengan resolusi 1080 piksel dengan 2160 piksel.

Mi Max 3 dikuasakan oleh pemproses octa-core 1.8GHz dan ia dilengkapi dengan 4GB RAM. Telefon ini memuatkan 64GB storan dalaman yang boleh diperluas sehingga 256GB melalui kad microSD. Untuk kamera peranti berkenaan, Mi Max 3 dilengkapi dengan kamera utama 12 megapiksel di bahagian belakang dan 8 megapiksel untuk kamera hadapan.

Mi Max 3 menjalankan sistem operasi Android 8.1 Oreo dan dikuasakan oleh 5500mAh bateri dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Ia berukuran 176.15 x 87.40 x 7.99 (ketinggian x lebar x ketebalan) dan berat 221.00 gram.

Mi Max 3 adalah telefon pintar Dwi SIM yang menggunakan kad sim jenis Nano-SIM untuk kedua-dua slotnya. Pilihan sambungan termasuk Wi-Fi, GPS, Bluetooth, 3G dan 4G (dengan sokongan beberapa rangkaian LTE di Malaysia). Untuk sensor di telefon termasuk Compass / Magnetometer, Sensor jarak, Accelerometer, Sensor cahaya Ambient dan Gyroscope.

Bilakah tarikh pelancarannya di Malaysia, kami masih belum ketahui. Harga pasaran yang dijangka untuk peranti ini sekitar RM1100+.

Comments
Memuat...