Take a fresh look at your lifestyle.

Xioami Mengadakan Pertandingan Fotografi Dengan Hadiah Berjumlah Lebih RM200 Ribu

0 289

Xiaomi banyak memhasilkankan produk yang dapat meningkatkan kehidupan penggunanya. Melalui kecemerlangan produk telefonnya, syarikat itu berharap untuk memberi kelebihan kepada pengguna telefon untuk mengabadikan detik penting mereka – bila-bila masa, di mana sahaja. Dan, tahun ini mereka kembali dengan pertandingan fotografi (Xiaomi Photography Challenge) dengan hadiah berjumlah lebih RM200 ribu. Ini adalah pertandingan fotografi yang dianjurkan oleh Xiaomi yang bertujuan menyediakan platform untuk pengguna telefon untuk memaparkan kemahiran dan teknik fotografi melalui mudah alih mereka. Jadi, apa yang anda tunggu? Tunjukkan kemahiran fotografi anda dan dapatkan hadiah!

Untuk kali ini, peserta boleh memilih untuk bertanding ke salah satu daripada kategori berikut; Natural look, Piece of the world, Dreamscape, & Why so serious. Penyertaan terbuka kepada semua seluruh dunia kecuali pengguna yang menetap di China. Pertandingan ini akan diadakan bermula 25 Oktober 2018 hingga 6 Disember 2018. Tapi sebelum itu, pastikan anda foto tersebut dirakamkan menggunakan telefon pintar Xioami.

Foto dari Anup R pemenang Xiaomi Photography Challenge tahun lalu

Cabaran ini dibahagikan kepada tiga peringkat: Peringkat memuat naik foto akan berlangsung dari 25 Oktober 2018 hingga 22 November 2018 di laman penyertaan (event.mi.com/photography2018/). Peringkat penilaian akan bermula dari 23 November 2018 hingga 26 November 2018. Semasa peringkat ini, hakim profesional akan memeriksa semua gambar kelayakan untuk memilih 25 peserta akhir bagi setiap kategori untuk sejumlah 100 finalis (Top 100). Hakim profesional terdiri dari Xiang Wang (Naib Presiden Xioami), Manu Jain (Naib Presiden Global & Pengarah Urusan Xiaomi) dan 2 jurugambar Magnum Photo Guerogui Pinkhassov & Jérôme Sessini. Peringkat terakhir, peringkat undian akan berlangsung dari 27 November hingga 6 Disember 2018. Semasa peringkat ini, pengguna boleh melawat laman cabaran rasmi untuk mengundi satu foto sahaja setiap hari dari 100 foto yang terpilih.

Barisan Hakim Profesional

Sudahkah anda bersedia untuk menyertai pertandingan ini. Mungkin kali ini, hadiah tersebut milik anda.

Sertai Xiaomi Photography Challenge

Comments
Memuat...