Take a fresh look at your lifestyle.

Xiaomi Redmi Note 6 Pro Bakal Masuk Ke Pasaran Malaysia

0 138

Xiaomi Redmi Note 6 Pro adalah telefon pintar pertama Xiaomi untuk menampilkan konfigurasi dwi kamera untuk bahagian belakang dan hadapan. Kami menjangkakan pihak Mi Malaysia akan menawarkan Redmi Note 6 Pro dalam 2 variasi: 4GB RAM / 64GB dan 6GB RAM / 64GB. Tambahan, telefon ini akan dipasarkan dalam empat varian warna: Biru, Merah, Hitam & Rose Gold.

Bercakap tentang spesifikasinya, Xiaomi Redmi Note 6 Pro hadir dengan paparan Full-HD + 6.26 inci dan nisbah 19: 9. Ia dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 636 dan menjalankan antaramuka MIUI pada Android 8.1 Oreo. Ia disokong oleh bateri 4,000mAh dan mempunyai sensor cap jari di bahagia  belakang. Untuk kamera, Redmi Note 6 Pro mempunyai konfigurasi dwi-kamera, yang disusun secara menegak. Ianya terdiri dari kamera 12MP dan 5MP, yang dilengkapi dengan 1.4μm piksel, f / 1.9 aperture, dan autofokus Dual Pixel. Untuk ianya juga hadir dengan dwi kamera dengan kamera kamera depan 20MP dengan aperture f / 2.0, serta kamera 2MP.

Untuk harga pasaran, kami menjangkakan ianya bakal dijual sekitar RM889. Tetapi, kami masih menunggu pengumuman lanjut dari pihak Mi Malaysia mengenai tarikh penawaran, variasi dan pilihan warna untuk peranti Redmi Note 6 Pro ini.

Kemaskini 18 Oktober 2018

Pihak Mi Malaysia telah mengumumkan harga rasmi untuk peranti Xiaomi Redmi Note 6 Pro. Ianya akan mula dijual pada 20 Oktober ini. Buat masa ini hanya 2 variasi yang dibawa ke pasaran Malaysia; 3GB+32GB & 4GB+64GB masing-masing berharga RM849 & RM999.

Sumber : Mi Malaysia Facebook

Comments
Memuat...