Take a fresh look at your lifestyle.

Xiaomi Redmi 5 & Redmi 5 Plus Mula Ditawarkan Di Malaysia

0 28

Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus adalah dua telefon pintar Xiaomi baru yang dilengkapi dengan reka bentuk skrin pada nisbah 18: 9. Dilancarkan pada penghujung tahun lepas, kini set rasmi untuk pasaran Malaysia telah mula dijual hari ini. Selain daripada paparan 18: 9, Redmi 5 dan Redmi 5 Plus membawa ciri-ciri yang pernah dilihat dalam kategori ini, termasuk pemproses 14nm 8-teras dari Qualcomm, sensor piksel besar (1.25μm) untuk kamera utama, Selfie-light depan, serta bateri tahan lama.
Dengan paparan 5.7 inci dan 5.99 inci, nisbah skrin 18:9 meliputi hampir keseluruhan permukaan hadapan. Redmi 5 dan Redmi 5 Plus menyediakan tontonan yang lebih besar berbanding dengan paparan skrin tradisional 16:9. Khususnya, berbanding dengan telefon pintar 5.5 inci tradisional, Redmi 5 Plus sesuai dengan tangan anda, sementara menawarkan 12.5% lebih banyak kawasan paparan. Ini memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik sama ada pengguna membaca, menyunting, atau bermain permainan pada telefon pintar.

Di samping itu, Redmi 5 / Redmi 5 Plus mempunyai skrin dengan sudut paparan bulat dan direka dengan perhatian yang mendalam kepada simetri, menghasilkan penampilan yang menakjubkan.Ia juga mempunyai reka bentuk melengkung empat segi yang memberikan keselesaan pada mereka yang memegangnya.

Spesifikasi Redmi 5:

  • Qualcomm® Snapdragon™ 450 (1.8GHz max)
  • Adreno 506 GPU
  • 2GB+16GB / 3GB+32GB
  • 5.7” 18:9 display, HD+ (1440 x 720) – 282ppi, 450-nit maximum brightness – Color contrast ratio: 1000:1, NTSC: 72% – 2.5D glass, rounded display corners – On-screen buttons
  • 12MP main camera – 1.25μm pixel size, f/2.2 – PDAF
  • 5MP front camera – LED Selfie-light – Beautify 3.0 – 1080p video at 30fps
  • 3-choose-2 hybrid SIM card slot
  • Bands – GSM: 2/3/5/8 – WCDMA: 1/2/5/8 – TD-SCDMA: 34/39 – FDD- LTE: 1/3/4/5/7/8 – TDD-LTE: 34/38/39/40/41
  • Rear fingerprint sensor
  • 3300mAh(typ) / 3200mAh(min)
  • 5V/2A charging. Micro USB, USB 2.0
  • MIUI 9, Android N
  • 151.8 x 72.8 x 7.7mm, 157g
  • Available in Black, Gold, Rose Gold, Lake Blue

Spesifikasi Redmi 5 Plus:

  • Qualcomm® Snapdragon™ 625 (2.0GHz max)
  • Adreno 506 GPU
  • 3GB+32GB / 4GB+64GB
  • 5.99” 18:9 display (2160 x 1080) FHD+, 403ppi – 450-nit maximum brightness – Color contrast ratio: 1000:1, NTSC: 84% – 2.5D glass, rounded display corners – On-screen buttons
  • 12MP main camera -1.25μm pixel size, f/2.2
  • 5MP front camera – LED Selfie-light – Beautify 3.0 – 1080p video at 30fps
  • 3-choose-2 hybrid SIM card
  • Bands – GSM: 2/3/5/8 – WCDMA: 1/2/5/8 – FDD-LTE: 1/3/4/5/7/8/20 – TDD-LTE: 38/40
  • Rear fingerprint sensor
  • 4000mAh(typ) / 3900mAh(min) battery
  • 5V/2A charging. Micro USB, USB 2.0
  • MIUI 9, Android N
  • 158.5 × 75.45 × 8.05mm
  • Weight: 180g
  • Available in Black, Gold, Rose Gold, Blue

Pelbagai warna ditawarkan iaitu hitam, emas dan biru pada RM679 untuk Redmi 5 dan RM749 untuk Redmi 5 Plus. Jualan pertama untuk versi 3GB + 32GB untuk kedua-dua telefon ini bermula pada 7 Februari 2018 pada 3 Authorized Mi Store, Mi Zone serta Mi Store di Lazada Online. Penawaran Redmi 5 versi 2GB + 16GB dan versi 4GB + 64GB untuk Redmi 5 Plus akan diumum pada tarikh yang akan datang.

Beli Redmi 5 | Beli Redmi 5 Plus melalui Mi Store Lazada

Comments
Memuat...