Take a fresh look at your lifestyle.

Xiaomi Pocophone F1 Diperkenalkan, Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia

0 16

Beberapa hari yang lalu, kita boleh lihat pelbagai info mengenai Xiaomi Pocophone F1 tertiris diarena internet. Hari ini, pihak Xiaomi telah memperkenalkan peranti tersebut secara rasmi. Xiaomi Pocophone F1 adalah dijalankan bersama-sama pemproses Qualcomm Snapdragon 845. Hadir dengan pilihan 6/8GB RAM dan bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Apabila merujuk kepada kemampuan kamera, ianya hadir dengan dual kamera utama  12MP dan 5MP Sony IMX363  dan kamera hadapan 20MP dengan sokongan infra-merah yang menyokong nyah-kunci berasaskan wajah pada pelbagai keadaan cahaya persekitaran.

Dari segi perisian, Xiaomi Pocophone F1 didatangkan dengan MIUI 9 berdasarkan Android 8.1 Oreo. Nampaknya terdapat beberapa penyesuaian khusus untuk siri Pocophone. Terdapat peluncur khusus Poco (Poco Launcher), iaitu peluncur yang hampir sama dengan MIUI tetapi ditambah dengan sokongan App Drawer serta menyokong pek ikon pihak ketiga.
Pelancar ini akan disediakan untuk peranti lain di Google Play Store bermula dari 29 Ogos.

Bercakap mengenai skrin, ianya adalah sebuah peranti yang mempunyai LCD IPS FHD+ panel 6.18 inci. Ia datang pada nisbah 18.7: 9 dengan resolusi 2246 × 1080.

Selain dari itu, peranti Pocophone F1 ini dilengkapi bicu fon kepala 3.5mm di samping port pengecas USB Type-C. Ianya satu perkara yang baik kerana jika dilihat pada peranti sebelum ini, Xiaomi telah mengeluarkan bicu pada peranti seperti Xiaomi Mi 6. Dengan sokongan untuk Dirac HD, Xiaomi berjanji bahawa kualiti bunyi tidak akan membiarkan anda kecewa.

Pocophone F1 boleh didapati dalam Graphite Black, Armoured Edition, Rosso Red, dan Steel Blue . Di India, Pocophone F1 dijual pada Rs. 20,999 untuk versi 6GB RAM dan storan 64GB. Manakala untuk storan 128GB ianya boleh didapati pada harga Rs. 23,999. Akhir sekali, versi 8GB  RAM dan storan 256GB ianya berharga Rs. 28,999. Armoured Edition akan menelan kos Rs. 29,999, dan ia hanya terdapat dalam konfigurasi 8GB RAM / 256GB.

Bila dan versi manakah yang bakal diperkenalkan untuk pasaran Malaysia masih belum kami ketahui.

Comments
Memuat...