Take a fresh look at your lifestyle.

Xiaomi Mi Max 3 Hadir Ke Malaysia Berharga RM1099

0 31

Seperti yang dilaporkan pada awal sebelum ini, akhirnya pihak Mi Malaysia mengumumkan dimana mereka akan membawa masuk Mi Max 3 ke pasaran Malaysia bermula 27 September 2018.

Dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,500mAh, Xiaomi mendakwa ianya mampu bertahan sehingga 17 jam untuk rakaman video atau 10 jam masa bermain permainan mudah-alih. Peranti ini juga menyokong Qualcomm Quick Charge 3.0 melalui port USB-C. Ia juga boleh bertindak sebagai powerbank dengan output 5V / 1.2A. Ianya disertakan dengan pengecas 9V / 2A yang mampu mengecas peranti dari 0-71% dalam satu jam.

Untuk mengambil gambar dan merakam video, Mi Max 3 mempunyai dwi-kamera 12MP dengan Dual PDAF dan 5MP. Di bahagian depan, ia mempunyai kamera 8MP selfie dengan LED flash.

Xiaomi Mi Max 3 secara rasmi dijual pada harga RM1,099 dan ia boleh didapati di Mi Store, Lazada dan pengedar sah bermula 27 September 2018.

Comments
Memuat...