Take a fresh look at your lifestyle.

Xiaomi Memperkenalkan 2 Lagi Variasi Mi 8; Youth & SFE

0 10

Semalam, pihak Xiaomi telah menambah 2 lagi variasi untuk peranti terbaru mereka iaitu Mi 8 Youth Edition dan Mi 8 Screen Fingerprint Edition (SFE). Jika dibandingkan dengan spesifikasi Mi 8,  sedikit perubahan dilakukan untuk Mi 8 Youth dengan menggunakan Snapdragon 660, menurunkan spesikasi kamera belakang. Makala untuk Mi 8 SFE, ianya sama dengan Mi 8 dari segi spesifikasi tetapi mempunyai pengimbas cap jari didalam paparan skrin dan bukannya pada belakang seperti yang dipasang pada Mi 8.

Mi 8 Youth Edition

Mi 8 Youth dilengkapi skrin 6.26″ LCD dengan resolusi FHD+, pemproses Snapdragon 660, 6GB RAM dan storan dalam sehingga 128GB tanpa sokongan kad mikroSD. Kamera utama adalah gabungan sensor 12+5 Megapixel dan kamera hadapannya pula sebesar 24-Megapixel dengan sokongan AI buat kedua-dua bahagian kamera. Bateri sebesar 3350mAh dan menyokong pengecasan pantas QC3.0 melalui port USB-C.

Mi 8 Screen Fingerprint Edition (SFE)

Mi 8 SFE hadir dengan Snapdragon 845, 6GB atau 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB dengan sokongan kad mikroSD. Paparan masih lagi sama iaitu Super AMOLED dengan notch dan sensor nyahkunci wajah infra-merah. Mi 8 SFE menggunakan sensor imbasan cap jari lain daripada Mi 8 EE. Ia menggunakan pengimbas cap jari yang boleh mengesan tekanan. seperti Mi 8, ia turut menggunakan GPS dwi-frekuensi dan kamera utama 12+12 Megapixel dan kamera hadapan adalah 20-megapixel.

Harga yang ditawarkan bermula dari RMB1399 (~RM845) untuk 4+64 GB, RMB1699 (~RM1026) untuk 6+64 GB dan untuk 6+128 GB pula adalah RMB1999 (~RM1208). Harga Mi 8 SFE adalah RMB3199 (~RM1934) untuk 6/128 GB dan RMB3599 (~RM2176) buat 8/128 GB. Ia hanya dijual di China. Adakah ianya bakal memasuki pasaran tempatan, kami belum mendapat maklumat mengenai perkara tersebut.

Comments
Memuat...