Take a fresh look at your lifestyle.

Xiaomi Jenama No.1 Di Lazada

0 33

Seperti biasa seperti sebelum ini, pihak Xiaomi akan menyertai menyertai acara jualan di Lazada. Pada tahun ini ianya dikenali sebagai Super Brand Day. Super Brand Day adalah berlangsung selama 24 jam pada 6 September 2018 di enam pasaran di seluruh rantau ini secara serentak – Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, yang bertujuan untuk membawa produk yang hebat pada harga yang berpatutan kepada peminat dan pengguna. dan anda boleh mendapatkan banyak diskaun, hadiah percuma, dan produk edisi terhad.

Dengan slogan “Live the Future”, Xiaomi menumpukan produk yang menakjubkan dengan harga yang berpatutan. Antara produk yang boleh didapati di acara tersebut adalah telefon pintar Xiaomi terkini – POCOPHONE F1. Juga ditawarkan adalah beberapa telefon Mi dan Redmi, Mi Band 2, Mi Robot Builder, dan Mi Rollerball Pen.

Dan hari ini Mi Malaysia berkongsikan di Twitter dimana mereka dinobatkan sebagai jenama No.1 dengan jumlah kutipan jualan bernilai USD 9.11 Million (kira-kira RM38 juta) dalam masa 24 jam sepanjang acara tersebut.

Selain dari itu, 3 peranti Xioami berada di 3 tangga utama untuk Jualan Telefon Terbaik (Best Selling Phones) dimana Xiaomi Pocophone F1 menduduki tangga pertama diikuti oleh Redmi 6 & 6A serta Redmi S2. Manakala produk ekosistem seperti Mi Band 3, Mi Powerbank, Amazfit Pace dan lain-lain antara yang paling popular untuk keenam negara tersebut.

Sumber: Mi Malaysia Twitter

Comments
Memuat...