Take a fresh look at your lifestyle.

Xiaomi Black Shark Helo Dengan 10GB RAM Dilancarkan

0 77

Black Shark telah melancarkan model telefon pintar yang lain – Black Shark Helo (Black Shark 2) di China. Peranti permainan video terbaru telah diperkenalkan sebagai pengganti kepada Xiaomi Black Shark yang dikeluarkan pada bulan April tahun ini. Black Shark Helo akan memberi saingan seperti Razer Phone 2, yang dilancarkan awal bulan ini. Peranti ini dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri yang difokuskan permainan dan peningkatan kecil dari versi terdahulu. Terutama, Black Shark Helo datang dalam tiga variasi RAM dan paparan yang lebih besar. Telefon pintar ini akan dijual di China dan tidak ada maklumat sama ada ia akan dilancarkan di seluruh dunia.

Xiaomi Black Shark Helo dilengkapi dengan sistem penyejukan cecair baru yang memanfaatkan paip haba berganda untuk mengelakkan telefon bimbit daripada terlalu panas. Dengan kehadiran antena X+1, peranti akan mendapat sambungan yang lebih baik. Ia juga dilengkapi dengan pembesar suara stereo dibahagian hadapan. Selain itu ianya membawakan 10GB RAM, paparan 6.01 inci, Snapdragon 845 SoC, cip pemprosesan imej, dan banyak lagi. Xiaomi juga mengumumkan sebuah dok pengawal untuk Black Shark Helo, dipanggil Black Shark Biplane Handle. Pengawal datang dengan butang joystick dan beberapa butang lain, dan boleh disambungkan ke telefon bimbit. Varian 6GB dan 8GB RAM akan menyambungkan Biplane Handle pada bahagian kiri dan model RAM 10GB akan mendapat satu lagi pengawal pada bahagian kanan.

Xiaomi Black Shark Helo menggunakan Dual-SIM (Nano) dan memaparkan paparan 6.01 inci (1080×2160 piksel) dengan nisbah aspek 18: 9, serta 402 piksel per inci. Peranti ini dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 845, ditambah pula dengan Adreno 630 GPU dan tiga jenis RAM dan varian storan yang berbeza. Ia datang dalam model 6GB, 8GB, dan 10GB RAM.

Dari segi kemampuan rakaman gambar & video, Xiaomi Black Shark Helo menggunakan kamera yang sama seperti yang ada dalam versi terdahulu. Untuk kapasiti bateri, ianya membawakan 4000mAh dan menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Pilihan sambungan termasuk 4G LTE, sokongan Wi-Fi 802.11a/b/g/n /ac, Bluetooth 5.0, GPS, AGPS, Glonass, aptX dan aptX HD. Telefon ini berukuran 160×75.25×8.7mm dan berat 190 gram.

Xiaomi Black Shark Helo dipasarkan bermula CNY 3,199 (kira-kira RM 1920+) di China. Harga ini untuk varian 6GB RAM+128GB. Sementara itu, untuk varian 8GB+128GB, anda perlu membayar CNY 3,499 (kira-kira RM 2100+). Manakala variasi 10GB RAM+256GB datang dengan harga CNY 4199 (RM2520+). Walau bagaimanapun, Black Shark Helo hanya terdapat satu pilihan warna; Hitam. Ia boleh didapati untuk pra-pesanan melalui laman web Xiaomi China dan akan dijual mulai 30 Oktober.

Comments
Memuat...