Take a fresh look at your lifestyle.

Redmi 5 Dilihat Melepasi Pensijilan Sirim

0 9

Penghujung bulan November yang lalu, pihak Xiaomi telah melancarkan telefon pintar Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus di China. Peranti baru ini didatangkan dengan ciri-ciri yang selalunya terdapat pada telefon flagship seperti, paparan 18:9 dengan sudut bulat, kamera dengan pixel yang tinggi untuk hasil tangkapan lebih jelas dan hadirnya Selfie-light untuk kamera hadapan.

Ringkasan Spesifikasi Redmi 5

-Paparan 18:9 dengan sudut bulat
– Skrin bersaiz 5.7″ HD+
– Qualcomm 450
– 3300 mAh
– 12 MP kamera
– Selfie-light
– Beautify 3.0, 36 smart Beautify profiles
– Harga anggaran Redmi 5 ~RM500 (2+16GB)/ ~RM560 (3+32GB)

Di Malaysia, ia dilihat telah mendapat pensijilan Sirim serta menggunakan nama “MDG1”. Melalui carian kasar kami, ianya merujuk kepada peranti Redmi 5. Walau bagaimana pun, adakah ianya akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia kelak atau berapakah harga rasminya masih belum diketahui.

Comments
Memuat...