Take a fresh look at your lifestyle.

Pocophone F1 Armoured Edition Dijual Secara Rasmi Di Malaysia – Berharga RM1599

0 20

Pocophone F1 telah mula dijual Malaysia beberapa minggu sekarang. Dan jika anda salah seorang dari mereka menunggu Armoured Edition, ianya berita baik kerana ia akhirnya dipasarkan untuk pasaran tempatan mulai hari ini. Ianya dijual pada harga RM1599.

Bagi mereka yang tak mengetahui, Armoured Edition didatangkan dengan panel belakang yang diperbuat dari DuPont Kevlar aramid fiber. Walau bagaimanapun, Armoured Edition tidak sama dengan versi yang dikeluarkan di India. Jika di India ianya dilengkapi dengan 8GB RAM dan 256GB storan dalaman, model ini dilengkapi dengan 6GB RAM dan storan dalam 128GB seperti Pocophone F1 yang sudah ada di pasaran.

Comments
Memuat...