Take a fresh look at your lifestyle.

Poco Launcher Sedia Dimuat Turun Di Google Play Store

0 66

Penghujung Ogos yang lepas, pihak Xiaomi telah memperkenalkan telefon pintar baru dari sub jenama mereka yang dikenali sebagai Pocophone F1. Didatangkan dengan spesifikasi yang amat bagus dan penawaran harga yang rendah telah menarik minat ramai pengguna. Antara pembaharuan yang diperkenalkan pada peranti tersebut adalah pelancarnya; Poco Launcher.

Pelancar ini tidak seperti pelancar MIUI yang terdapat pada peranti Xiaomi yang lain – ia kelihatan mengambil beberapa ciri yang terdapat pada Pixel Launcher. Jika anda meleret dari bahagian bawah paparan utama, anda boleh mengakses laci aplikasi yang mengandungi kesemua aplikasi yang telah dipasang pada peranti anda. Ianya juga disertakan tab yang secara automatik diisi dengan kategori aplikasi tertentu.

Ciri-ciri Utama

  • Skrin Utama Kemas & Bersih – POCO meletakkan semua aplikasi dalam laci App, jadi skrin Utama anda kelihatan kemas dan bersih.
  • Carian yang mudah – Cadangan aplikasi, kategori warna ikon, dan banyak ciri disesuaikan lain membolehkan anda mencari apa yang anda perlukan dengan lebih cepat.
  • Urus aplikasi – Aplikasi kumpulan mengikut kategori secara automatik atau buat kumpulan tersuai untuk sentiasa menyimpan perkara penting hanya ketik sahaja.
  • Penyesuaian Ikon – Gunakan pek ikon pihak ketiga untuk memberikan skrin Utama anda rupa yang benar-benar unik.
  • Perlindungan Privasi – Lindungi aplikasi anda dengan menyembunyikan ikonnya.
  • Cepat dan Lancar – POCO Launcher dilahirkan untuk kelajuan yang pantas. Lupakan animasi sistem lambat!

Muat Turun Poco Launcher melalui Google Play Store

Comments
Memuat...