close
Redmi 4/4A

Harga Pasaran Redmi 4/4A Meningkat Akibat Peningkatan Harga Komponen dan Pertukaran Matawang

Baca artikel ini dalam bahasa : English

Xiaomi salah satu syarikat yang menawarkan produk yang mampu milik kepada pengguna mereka. Peranti Xiaomi Redmi 4A adalah peranti yang berbaloi dimiliki kerana mempunyai paras harga yang murah serta spesifikasi yang bagus. Beberapa hari yang lepas, kami menyedari dimana harga pasaran Redmi 4/4A meningkat sebanyak RMB100 untuk pasaran China dan RM10 untuk pasaran Malaysia.

Melalui laman rasmi Weibo Xiaomi, peningkatan harga ini disebabkan kenaikan harga kos komponen dan kadar pertukaran matawang yang tidak stabil. Di China, Xiaomi Redmi 4A kini dijual pada harga RMB599 berbanding RMB499 sebelum ini. Manakala Xioami Redmi 4 High Edition dan Standard Edition kini masing-masing berharga RMB999 & RMB799 berbanding RMB899 & RMB699 sebelumnya. Walaupun harga pasaran tersebut meningkat, kesemua peranti tersebut masih lagi didalam lingkungan harga mampu-milik berbanding peranti yang mempunyai spesifikasi yang sama dari jenama yang lain.

Tags : Redri 4aXioami
Arif Ishak

The author Arif Ishak

Editor in Piratz.MY and a technician in Malaysia Airlines Also one of moderator in MIUI Forum (Theme Section)

Leave a Response