close

Baca artikel ini dalam bahasa : English

Hari ini, pihak Xiaomi mengadakan acara khas di India bagi melancarkan peranti baru mereka iaitu Redmi Note 5 dan Redmi Note 5 Pro. Kedua-dua peranti didatangkan dengan saiz skrin yang sama iaitu 5.99 inci dengan nisbah skrin 18:9 dan paparan FHD+. Untuk versi kali ini, mereka mengatakan ianya adalah versi Redmi Note yang ternipis mereka pernah hasilkan dengan ketebalan 8.05mm.

Redmi Note 5

Untuk peranti Redmi Note 5, ianya dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 625 dengan variasi 3GB dan 4GB RAM. Selain itu, ianya dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4000mAh dan masih mengekalkan penggunaan slot micro USB 2.0. Untuk kamera, ianya menggunakan kamera 12MP untuk kamera belakang dan 5MP untuk kamera hadapan serta LED Selfie-light.

Redmi Note 5 Pro

Bagi Redmi Note 5 Pro, ianya menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 636 dengan variasi 3GB, 4GB dan 6GB RAM. Sama seperti Redmi Note 5, ianya juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4000mAh dan masih mengekalkan penggunaan slot micro USB 2.0. Tetapi, untuk kamera Redmi Note 5 Pro menggunakan dwi-kamera 12+5MP untuk kamera belakang dan 20MP Sony IMX376 untuk kamera hadapan beserta LED Selfie-light.

Untuk pasaran tempatan, kami masih lagi tidak ketahui adakah ianya akan dipasarkan di sini. Dan buat masa ini, ianya hanya dijual untuk pasaran India. Berikut adalah harga anggaran kami mengikut kadar tukaran mata wang semasa. Kadar harga mungkin lebih tinggi dari yang kami senaraikan

Tags : Android 7HargaMalaysiaMIUI 9Redmi Note 5Redmi Note 5 ProXiaomi
Arif Ishak

The author Arif Ishak

Editor in Piratz.MY and a technician in Malaysia Airlines Also one of moderator in MIUI Forum (Theme Section)

Leave a Response