close
BeritaPeranti

Xiaomi Mendaftar Satu Peranti Dari Di Sirim Hari Ini, Adakah ianya Redmi Note 4X?

Baca artikel ini dalam bahasa : English

Seperti mana yang kami tulis sebelum ini, Lazada telah mengumumkan satu peranti baru milik Xiaomi iaitu Redmi 4A akan mula dijual pada 17 Januari ini. Peranti ini telah didaftarkan pada November tahun lepas bersama-sama Mi Band 2.

Dan hari ini, kami mengesan dimana satu lagi peranti didaftarkan oleh pihak Xiaomi pada Sirim. Melalui kod produk (2016102) ianya adalah kod untuk Redmi Note 4X.

Dari spesifikasi yang tertiris sebelum ini, ianya dilengkapi dengan RAM 4GB dan pilihan 32GB atau 64GB untuk storan dalaman. Berbeza dengan Redmi Note 4 yang menggunakan pemproses Mediatek Helio X20, untuk versi 4X ini ianya dikatakan menggunakan pemproses dari Qualcomm iaitu Snapdragon 653.

Adakah ianya akan tiba di Malaysia secepat mungkin, kita nantikan pengumuman dari Mi Malaysia.

Tags : MalaysiaQualcommRedmiRedmi Note 4XSnapdragonXiaomi
Arif Ishak

The author Arif Ishak

Editor in Piratz.MY and a technician in Malaysia Airlines Also one of moderator in MIUI Forum (Theme Section)

Leave a Response