close
Berita

[Ura-ura] Xiaomi Mi Pad 3 Akan Diperkenalkan? 8GB RAM, Bateri 8290 mAh & Pemproses Intel Core M3

Baca artikel ini dalam bahasa : English

Xiaomi yang sememangnya terkenal dengan telefon pintar mereka telah mengeluarkan 2 versi tablet sebelum ini iaitu Mi Pad pada tahun 2014 dan pada Mi Pad 2 2015. Dimana Mi Pad dijana dengan Nvidia Tegra K1 dan Mi Pad 2 dengan pemproses Intel Atom. Sudah hampir setahun selepas Mi Pad 2 diperkenalkan, tetapi tiada berita mengenai Mi Pad 3 sehingga kini.

Penafian : Pihak Xiaomi masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai pelancaran tablet baru ini, diminta anda tidak mengambilnya secara serius.

Kredit : GizmoChina

Berita ini datang dari tetirisnya paparan yang dikatakan untuk promosi peranti tersebut. Melaluinya, Mi Pad 3 didatangkan lebih besar berbanding versi yang sebelum ini iaitu 9.7 inci (2048 x 1536) berbanding 7.9 inci untuk versi sebelum ini. Ianya boleh dibandingkan dengan saiz Apple iPad Pro yang mempunyai saiz yang sama. Tambahan pula Mi Pad 3 lebih nipis berbanding Mi Pad 2, iaitu hanya 6.08mm untuk Mi Pad 3 dan 7mm untuk Mi Pad 2.

Credit : GizmoChina.com
Kredit : GizmoChina

Sama seperti Mi Pad 2, Mi Pad 3 juga menggunakan binaan yang berasaskan logam dan bukannya plastik seperti Mi Pad. Kapasiti bateri ditingkatkan dari 6190mAh kepada 8290mAh dan sokongan Pengecasan Pantas 3.0 dengan USB Type C.

Kredit : GizmoChina
Kredit : GizmoChina

Pergi ke bahagian dalamannya, Mi Pad 3 menggunakan cip pemproses Intel Core m3 (m3-7Y30) Generasi ke-7. Untuk makluman semua, Mi Notebook Air 12.5 inci menggunakan pemproses yang sama tetapi dari generasi ke-6. Peningkatan RAM juga kelihatan lebih drastik dimana dari 2GB untuk Mi Pad 2 dinaikkan ke 8GB untuk Mi Pad 3 beserta integrasi Intel HD Graphic 615 GPU. Ruang storan juga menerima peningkatan yang sama iaitu dari variasi 16GB/64GB kepada variasi 128GB/256GB. Pengimbas cap jari juga dikatakan disertai bersama-sama Mi Pad 3.

Kredit : GizmoChina

Selain itu, kamera pada Mi Pad 3 dipertingkatkan kepada 16MP dan 8MP untuk kamera hadapan. Flash LED Dual tone juga dilengkapi untuk Mi Pad 3 ini.

Kredit : GizmoChina

Mi Pad 3 dijangka dilancarkan dengan Windows 10 dengan Office Suite yang sudah dipasang terlebih dahulu dan tiada versi Android diperkatakan untuk masa ini. Terdapat juga penambahan dok papan kekunci sebagai aksesori untuk Mi Pad 3.

Kredit : GizmoChina
Kredit : GizmoChina

Menurut paparan yang tertiris, Mi Pad 3 ini akan mula dijual bermula ¥1999 (~RM1300) untuk variasi 128GB manakala ¥2299 (~RM1500) untuk variasi 256GB. Tambahan dok papan kekunci hanya berharga ¥99 (~RM65).

Credit : GizmoChina.com

Ianya dijangka akan diperkenalkan pada 30 Disember ini. Nantikan kemunculannya.

Sumber : GizmoChina.com

Tags : Mi PadMi Pad 2Tablet
Arif Ishak

The author Arif Ishak

Editor in Piratz.MY and a technician in Malaysia Airlines
Also one of moderator in MIUI Forum (Theme Section)

Leave a Response