close
Berita

(Ura-Ura)Xiaomi Mi5C Menggunakan Pemproses Buatan Xiaomi – Pinecone

Baca artikel ini dalam bahasa : English

Seperti mana yang kita tahu, Xiaomi bekerjasama dengan beberapa syarikat termasuk Qualcomm dan MediaTek untuk membekalkan CPU untuk peranti mereka. Hari ini, satu telefon pintar Xiaomi baru digelar sebagai Xiaomi Meri/Mi5C telah tertiris dalam gambar yang menunjukkan ianya menggunakan cip pemproses Pinecone.

Credit: XiaomiToday
Kredit: XiaomiToday

Selain menggunakan cip pemproses Pinecone Octa-Core (A53) 2.2GHz, ianya juga menyertakan skrin bersaiz 5.5-inci, 3GB RAM, 64GB storan dalaman, serta kamera belakang bersaiz 12MP dan 8MP untuk bahagian hadapan. Tambahan, ianya dijalankan oleh MIUI 8 yang berdasarkan Android 6.0 serta mempunyai sokongan NFC.

Credit: XiaomiToday
Kredit: XiaomiToday

Sumber: Xiaomi Today

Tags : Mi5CPemprosesPineconeXioami
Arif Ishak

The author Arif Ishak

Editor in Piratz.MY and a technician in Malaysia Airlines Also one of moderator in MIUI Forum (Theme Section)

Leave a Response