Take a fresh look at your lifestyle.

Mi Malaysia Menawarkan Promosi Khas Bersama Lazada 11 Nov Ini

0 6

Mi Malaysia hari ini mereka telah mengumumkan promosi khas bersama Lazada untuk beberapa produk mereka sempena Lazada Online Revolution. Bagi mereka yang mahu lebih penjimatan, mereka akan menawarkan Redmi Note 3 dengan ruang memori 16GB pada harga promosi (RM499) dari 11 hingga 13 November. Pada masa yang sama, mereka memberi Mi Power Bank Pro berkapasiti 10000 mAh secara percuma dengan setiap pembelian Mi Max pada harga RM999.

Di samping itu, Mi Power Bank Pro akan mula dijual di Malaysia bermula 11 November di harga RM 149 di Lazada. Dengan kapasiti 10000 mAh, ianya juga mempunyai port USB-C. Selain itu, Mi Powerbank Pro juga menyokong pengecasan pantas keatas peranti. Walaupun mempunyai kapasiti bateri yang besar, saiz Mi Powerbank Pro adalah hampir sama dengan saiz Mi Powerbank 5000 mAh yang dilancarkan dahulu. Untuk promosi Online Revolution ini, Mi Powebank Pro berharga RM119.

Untuk pautan promosi ini, kami  akan mengemaskininya akan datang

Comments
Memuat...