Take a fresh look at your lifestyle.

Mi Band 3 Berharga RM129 Di Malaysia

0 14

Mi Band 3 adalah gelang kecergasan yang mempunyai paparan OLED 0.78 inci. Ini adalah peningkatan kepada versi terdahulunya – Mi Band 2 yang mempunyai skrin 0.42-inci. Selain itu, Mi Band 3 juga dilengkapi dengan bateri yang lebih besar 110 mAh, terdapat peningkatan berbanding pendahulunya yang hanya mempunyai bateri 70mAh. Xiaomi juga menambah bahawa Mi Band 3 akan menawarkan sehingga 20 hari hayat bateri.

Ciri baru yang lain termasuk jam randik (stopwatch) terbina didalam, fungsi mencari telefon, dan fungsi penggera yang berfungsi walaupun telefon pintar anda dimatikan. Ia juga mempunyai sensor denyutan jantung. Mi Band 3 menyertakan sokongan ketahanan air sehingga 5 ATM.

Di Malaysia, Xiaomi Mi Band 3 ditawarkan pada harga RM129, dan boleh dibeli bermula 27 September 2018 ini. Seperti biasa, pengguna boleh menggunakan MI Band 3 ini bersama peranti Android dan iOS melalui penyertaan aplikasi Mi Fit.


Comments
Memuat...