Take a fresh look at your lifestyle.

Mi 8 Youth Bakal Diperkenalkan Pada 19 September Ini?

0 9

Mungkin sebelum ini anda ada terbaca mengenai versi Mi 8 yang baru dari Xiaomi bakal diperkenalkan. Ianya diperkuatkan dengan beberapa spesifikasi yang tertiris diarena internet mengenai peranti tersebut. Dan hari ini, pihak Xiaomi mengumumkan dimana bakal melancarkan peranti baru pada 19 September ini di Chengdu dan beberapa makoumat mengatakan model telefon itu adalah M1808D2TE. Dari khabar angin ianya dikatakan sebuah peranti Mi 8 Youth.

Dari spesifikasi yang tertiris, ianya menunjukkan telefon berkenaan mungkin mempunyai paparan skrin 6.26 inci dengan resolusi Full HD + dan menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 710. Untuk kamera pula, ianya dilengkapi dengan dwi-kamera untuk bahagian belakang dengan 12MP untuk kamera belakang, sementara kamera hadapan disenarai menggunakan kamera 24 MP.

Melalui spesifikasi yang lain, telefon ini dijangka berada diantara Mi 8 dan Mi 8 SE. Beberapa gambar yang tertiris menunjukkan ketiadaan pengimbas cap jari di bahagian depan atau belakang seperti peranti sebelum ini dan mungkin dipasang di bawah skrin. Nampaknya segala-galanya akan lebih jelas setelah peranti tersebut diperkenalkan pada minggu depan.

Comments
Memuat...