Take a fresh look at your lifestyle.

Oculus Mengumumkan Kerjasama Bersama Xiaomi dan Qualcomm

0 11

Tahun ini di CES, pihak Oculus telah mengumumkan kerjasama mereka bersama Xioami dan Qualcomm Technology bagi menghasilkan produk VR generasi baru pada harga mampu milik untuk pengguna seluruh dunia. Dari maklumat yang dikeluarkan oleh Oculus, Xiaomi sebagai rakan kerjasama untuk pelancaran secara global untuk Oculus Go. Selain dari itu, mereka mengumumkan Mi VR Standalone khas untuk pasaran China.

Oculus Go dan Mi VR Standalone dijana dengan Qualcomm Snapdragon 821 Mobile VR Platform. Kedua-dua peranti ini berkongsi reka bentuk dan ciri-ciri seta menyokong Oculus Mobile SDK dimana membolehkan Oculus mudah untuk membawa kandungan mereka ke platform Mi VR di China.

Mi VR Standalone

Mi VR Standalone berkongsi spesifikasi teras yang sama seperti Oculus Go. Kedua-dua peranti mempunyai teknologi yang sama, termasuk skrin LCD beresolusi 2K, kanta generasi baru dan sistem audio spatial bersepadu. Menambah pada ciri ini adalah kandungan filem yang luas, video 360° dan permainan interaktif yang tersedia melalui Mi VR Store. Mi VR Standalone mempunyai teknologi audio spatial bersepadu yang dibangunkan oleh Oculus. Pemacu audio dibina terus ke dalam alat dengar, membuat pengalaman VR lebih baik dan menjadikannya mudah untuk dikongsi dengan orang lain. Terdapat juga bicu fon kepala 3.5mm untuk pengalaman mendengar yang lebih peribadi.

Berdasarkan teknologi Oculus, sistem Mi VR Standalone memenuhi keperluan pengguna China. Mi VR Standalone menyokong kedua-dua Oculus Mobile SDK dan Mi VR SDK, menjadikannya mudah bagi pembangun di China untuk menambah kandungan padanya, dan memberikan pembangun Oculus laluan untuk membawa kandungan mereka ke pasaran China pada platform Mi VR. Xiaomi sedang bekerjasama dengan beberapa pembangun untuk membawa beberapa permainan, video dan aplikasi popular dari Oculus Store ke Mi VR Store di China, memberikan pengguna di China mengakses kandungan VR mudah alih berkualiti tinggi.

Sumber: Xiaomi, Oculus

Comments
Memuat...